..::Wawa Yusoff::..

Tuesday, May 21, 2019

..::Biskut Y::..

💜ASSALAMUALAIKUM💜

Demi secebis kenangan hari raya. Gigih mommy buat kuih dengan anak-anak. haha! Lega sangat bila persiapan raya semua dah settle sebelum puasa haritu. so cuti-cuti boleh lepak-lepak rumah siapkan kuih raya, kemas rumah, kemal almari anak-anak. walaupun time cuti tidak lah lepak rumah sangat pun asik balik rumah mak, rumah mertua. tapi sekurang-kurang nya tak lah letih berjalan time puasa.


Ni aktiviti semalam dengan Hanan, Mika. Buat kuih raya. and of course lah mommy pilih kuih yang paling senang nak dibuat. kekekekeh! 
Bukan soal rajin, tapi lebih kepada kenangan untuk anak-anak membesar dengan persiapan hari raya. buat kuih, tukar langsir, kemas rumah semua tu lah. kan seronok tu. Takde lah raya ke hari biasa ke sama je bagi dorang nanti.

RESEPI BISKUT Y

1 cawan gula
4 cawan tepung gandum
250 gm butter/mentega

gaulkan je semua bahan tu sampai keadaan tepung jadi seroi macam dalam gambar ni. macam serbuk-serbuk tu kan. pastu masukkan dalam acuan dan masuk oven sekali dengan acuan dia.
Acuan tak perlu sapu butter, memang confirm tak melekat.

**bakar 180 darjah : 15-20 minit. ikut oven masing-masing2.


Seeee...! dah siap.. warna dia memang macam ni. kuning cokelat. kalau nak wangi sikit letak lah essen vanilla. tapi biskut aku memang togel gitu je. klassik sangat!. hehehe


Next, teringin nak buat popia nestum, Mika request kuih upin ipin (biskut dahlia) pastu ada few lagi kuih yang senang-senang aku nak buat. Minggu ni lepak rumah mak pulak merendang awal-awal pastu siap kan rumah mak sikit. next week jenguk mertua, next week nya dah raya!
Rumah sendiri bila nak kemas ni?? ahahahahaha.


Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

Thursday, May 9, 2019

..::Susun atur lauk bahan basah::..

💜ASSALAMUALAIKUM💜


Harini ramadhan ke-4. Sat je rasa. baru je ahad haritu seronok-seronok shopping barang basah buat persiapan nak puasa. tup-tup dah hari ke-4. Tahun ni, sehari sebelum puasa tu dah settle semua dah. Dari baju Mirzal, baju aku, baju anak-anak semua settle! settle yang betul-betul settle siap tudung kasut semua. gituuuu....Semangat nak puasa! memang taknak shopping time puasa. nak rehat-rehat je.

TQ mirzal! hehehehehehe. Baju raya murah takpe, jarang pakai. tapi tudung selalu pakai. heheheheeh. lagi pun dia memang tau dah aku suka Ariani. dapat lah grab sehelai #floraya yang di idamkan ituuuu. Ngam pulak tu dengan warna baju. Memang saje lah tu mintak dibeli! hehehehehe

Settle bab baju raya sebelum balik sungai buloh singgah Pasaraya Zemart kat sikamat ni. Memang belakang rumah mak mertua je. hehe. Aku suka shopping kat sini barang rumah lauk-lauk. sebab Murah dan segar! Beli kat sana bawak balik sungai buloh takde guna ice box ke apa, elok je lagi. masih segar. terus siang bersihkan masuk dalam bekas untuk sekali masak.

Ayam, boleh tahan besar dan banyak isi RM 13.90

Ikan selar kuning 16 ekore RM 8

Ikan siakap size agak besar jugak Rm 8.90

Ikan keli 4 ekor size sederhana dan besar Rm 4

Bayam Rm 0.95 sen. Kangkung RM 1.25


Untuk lauk basah memang aku rendam dengan air baru simpan dalam freezer. cara ni nak elak lauk jadi kecut atau kering kesan ice kering tu. memang best buat macam ni. kekal segar lauk tu dan boleh tahan agak lama jugak.

Untuk sayur, alas dulu dengan tisu basah. basuh sayur terus simpan dalam bekas dan letak dalam Chiller. In shaa allah tahan lama. semalam aku baru masak kangkung tu. alhamdulillah elok segar macam mana masa aku simpan haritu. kiranya dah 3 hari daun-daun kangkung tu masih fresh, hijau dan masih keras. elok!

Balang kecik : Kunyit | Halia | Lengkuas
Balang besar : Garlic | Bawang Besar | Cili blend

Aku suka gila balang ikea ni. Sangat kedap udara dan bahan tak mudah rosak! serious. aku buat ni seminggu sebelum puasa dan sampai lah puasa ke-4 ni bahan-bahan dalam ni masih cun, warna masih sama sikit pun tak berubah!

Memang sejak kawin pun always #misiNObazaar
kecuali memang kalau perlu lah. tapi kalau setakat beli murtabak, roti john tu semua memang ada. kalau lauk. NO. seboleh nya aku akan masak. Satu lagi aku suka masak dan aku suka tengok dorang makan. lelagi anak-anak. pastu jimat. Lagi pun masak bukan masa lama pun. kalau setakat lauk cincai-cincai dalam setengah jam boleh siap 3 lauk. Lagi elok bagi anak nasik dengan telur dari bagi dorang makan MEE SEGERA [Baca : membunuh secara senyap] tolong lah elakkan! 

Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

Monday, April 29, 2019

..::Happy 7 years Abang Mika::..

💜ASSALAMUALAIKUM💜

16.4.2019
7 tahun yang hebat untuk abang.


Simple celebration on 16th haritu. sekadar meraikan abang je. nanti 1 may ni ada celebration besar-besar pulak. alhamdulillah rezeki anak sulung mommy ni selalu luar jangka. hehehe


Elman tak dibiasakan dengan sambutan-sambutan pun. Dia bukan paham sangat pun bithday2 ni sebab memang tak diajar untuk ingat2 birthday. hehehe Selalu birthday dia ada je trip bercuti. macam last year, kitorang reward dia dengan Bangi Wonderland tapi sebab tahun ni dia dah darjah 1, taknak lah ponteng kan dia. Buat mini celebration je seronok2.



Yang ni macam biasa. Pensebok rumah tangga! ahahaha.


Tak tau nak makan kat mana, secret resepi bukan selera kael. Teringat yang dia suka RSMY, So kitorang bawak lah dia makan kat kedai baru. lebih kurang macam RSMY jugak tapi kat sungai buloh je.

Naan Talam Original 

Review Pendek
Suasana kedai. Tak menarik, Suram, Kelam
Tempoh menunggu. Lamaaaaaa! 
Size Naan Sangat besar, tak cukup lembut dan cheese tak macam RSMY. huhuhu
Daging Keema : tak kena selera.
Overall : 5/10
Sorry. memang serba rasa tak kena makan kat sini. 
Elman Hanan pun makan tak banyak. Aku dengan Mirzal yang hantu Naan Cheese pun tak habis, Kiranya, sanggup lah pegi RSMY kat KL nun dari makan lagi kat sini. huhu.





Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...