Klik sini ~macam2 ada :)

follow cik.Lebah :)

..::Dimulakan Dengan::..

Monday, February 27, 2012

..::Placenta Previa::..


Hallo readers,
Thanks ye kepada semua yg mendoakan keselamatan baby cikkin. Moga Allah memberi kekuatan kepada baby cikkin utk sembuh juga kekuatan utk Cikkin dan suami untuk menghadapi dugaan yang maha Esa. Insyaallah..

Ok, ade reader yang bertanya apa dia Placenta Previa. Wawa pun mmg carik jugak details tentang isu ni. Sebab masa warded haritu pun ade katil depan wa tu dia case Placenta Previa ni la. Tp tengok dia sihat je, elok je jalan2, makan selera. So ape yg wa jumpa masa men’google tentang placenta previa + dengan pengalaman kawan-kawan ini ade beberapa info dari keratan artikel yang boleh dikongsikan :-


Pic Kiri : Normal Placenta - Pic Kanan : Placenta Previa

Punca, jenis dan faktor risiko
Sehingga kini tiada siapa tahu punca sebenar plasenta previa. Namun, ada hipotesis mengaitkan ia dengan salur darah tidak normal pada lapisan endometrium (dinding rahim) akibat pembedahan atau jangkitan. Malah, bentuk rahim tidak normal juga boleh menyebabkan plasenta previa.

Masalah ini boleh dibahagikan kepada empat peringkat iaitu:
  • Jenis I atau uri rendah. Uri terletak pada bahagian paling bawah rahim (uterus) tetapi tidak sampai ke pangkal rahim.
  •  Jenis II atau pinggiran. Uri menyentuh bahagian atas pangkal rahim, tetapi tidak menutupinya. Bagaimanapun, kumpulan wanita yang ada masalah seperti ini masih perlu menjalani pemeriksaan dari semasa ke semasa.
  •  Jenis III atau separa. Uri menutup separuh pangkal rahim.
  •  Jenis IV atau lengkap. Uri menutup seluruh pangkal rahim.
Komplikasi
Jika anda mengalami masalah plasenta previa, doktor akan memantau kesihatan anda dan bayi dalam kandungan untuk mengurangkan komplikasi seperti:
  • Pendarahan yang banyak.
  • Kelahiran pra matang (tidak cukup bulan).
  •  Kedudukan uri di bawah juga boleh menyebabkan kedudukan bayi menjadi tidak betul, sama ada menyongsang atau melintang, terutama bagi wanita yang mengalami plasenta previa major. Malah, masalah ini meningkatkan risiko wanita untuk mendapat masalah plasenta akreta.
  • Plasenta akreta (uri tertanam dalam dinding rahim dan ia sukar tercabut secara semula jadi apabila bayi dilahirkan). Jika keadaan serius, doktor terpaksa menjalankan pembedahan pembuangan rahim untuk menyelamatkan nyawa ibu. Plasenta akreta tidak boleh dibiarkan kerana ia menyebabkan pendarahan berterusan selagi tidak dikeluarkan. Bagaimanapun keadaan ini jarang berlaku.
  • Plasenta abruptio. Uri terpisah atau tercabut dari dinding rahim sebelum sampai waktu melahirkan anak. Ia boleh menyebabkan bayi mengalami kesesakan akibat ketiadaan bekalan oksigen dan nutrien. Malah, keadaan ini mengakibatkan pendarahan yang membahayakan nyawa ibu dan bayi. Walaupun ia boleh terjadi kepada wanita yang tiada masalah plasenta previa, masalah ini jarang berlaku.

Sumber dari : MyPermatahati.com

Untuk artikel lengkap korang boleh refer kat web tu terus ye.


..::Mohon Doa Dari Kalian::..


Assalamualaikum reader.

Alhamdulillah salah sorang dari kawan blogger wawa dah selamat bersalin pada jumaat yang lepas. Cikkin warded akibat plasenta previa dan dijadualkan melahirkan bayi sulungnya secara caesarian pada jumaat yang lalu.

Di fahamkan baby cikkin mengalami komplikasi selepas kelahirannya dan akan menjalani pembedahan pada Rabu ini kerana masalah diafragma yang bocor dan lemah. Semoga doa tuan/puan dan kita semua dimakbulkan Allah. Ya Allah, selamatkanlah anak kecil ini.


Amin..


keadaan baby Cikkin di ward NICU.

Alahai.......luluh hati rasenye tengokkan keadaan baby cikkin.. semoga kamu cepat sembuh ye sayang... :'(




Thursday, February 23, 2012

..::32 weeks and 3 days::..

32 minggu yang membahagiakan


Alhamdulillah baby dah 32 minggu dan membesar dengan sihat.. Lately memang dah kerap ke toilet. Bila duduk pun dah tak selesa sebab setiap kali dia gerak mmg akan rasa pedih sgt kat rusuk tu and kat miss V rase nyilu gile. Semalam pegi scan, kepala baby pun dah turun ke bawah and doctor ckp insyaallah dia x kan pusing sampai deliver. Klu tgk keadaan baby semalam doctor kata ade kemungkinan dia nak engaged tu ade,  tp tak bermakna akan bersalin awal. Mungkin my tummy to tight for baby utk berguling2. Hehe.

Lucu nye semalam masa tgh scan dia elok je lipat kaki mcm orang bersila tu. Tp dalam keadaan menonggeng. Seriously comel. Doctor nak ukur peha pun susah.. macam2 la perangai awak ni kan?? Takpelah syg.. yg penting awak sihat dan selesa dlm perut mommy.. 

Keluar on time ok??? Hehehehehe :)



Monday, February 20, 2012

..::Manfaat Menimba Ilmu::..


hello there. happy monday! *happy lah sangat.bluek!*
Previous entry wa ade ckp psl kelas penyusuan kan? ok, hari ni nak cerita psl kelas tu dan ilmu yg wa dapat. 

ok, utk semua info psl kelas tu korang boleh la rujuk kat SINI. takpayah la wa repat byk kali kan :)

utk kelas 3 jam yg lalu (hari sabtu) mmg kami rasa sangat berbaloi. Memula tu fikir kelas tu psl ajar cara menyusu utk bakal parent and cara storage. rupanya x.. macam2 dia terangkan...

Antara perkara yang boleh merubah persepsi wawa adalah bila dia terangkan tentang Size Tummy baby dan kenape kita mesti breastfeed baby right after deliver.

1 – 2 days : Size of Cherry

3 – 4 days : Size of walnut

5 – 6 days : Size of an Apricot

7 days – 3 weeks : Size of an Egg


Cuba imagine our newborn baby yg tibe2 je dibagi susu formula dlm botol masa kat hospital. Kan kesian sangat.. penat perut diorang. Apa yg difahamkan oleh nurturing haritu, lepas je deliver terus letak baby atas badan dan susukan. Itupun sekiranya baby takde masalah. Tp kalau baby kena bwk oleh nurse janganlah nak marah2 pulak ye, sabar, rehat dulu. Lepas tu terus ckp kat nurse nak susukan baby. Tak semua hospital akan buat procedure bagi baby kat kita lepas bersalin, tapi kita boleh mintak.

Lagi satu, nurturing ada pesan supaya bagitau nurse yang kita taknak baby minum susu formula. Bincang dengan nurse mcm mana. Dan kepada sesiapa yg ade rezeki susu keluar awal, dan dah boleh buat stok pun sebelum bersalin. Bwk la susu tu ke hospital dan beri pada nurse. Semuanya atas perbincangan ye. Janganlah korang harap yg nurse2 tu semua akan faham ape kehendak korang.. dan satu lagi kalau mungkin ada mak2 kita yg tak faham, atau terlupa diorang terbagi pulak susu formula.. janganlah marah2 mak tak tentu pasal.. Hati orang tua kita tetap kena jaga… cakaplah dengan diorang elok2 niat kita nak BF baby secara ekslusif…

Alhamdulillah, banyak sangat ilmu yang wa dapat. Entry wa kali ni semuanya refer kepada kelas haritu dan segala nasihat2 nurturing haritu sangatlah bermanfaat. Semakin eksaited pulak rasenye nak BF baby. Masa tengok video2 yg dia tunjukkan mcm mane baby carik sendiri nipple mommy dia, alahaiii.. rasa syahdu sangat. Kepada sesiapa yang teragak2 utk pergi kelas penysuan ni, my advise is.. PERGILAH JOIN.. sangat bagus dan TIDAK MERUGIKAN langsung... Mirzal pun khusyuk je dengar...

Now, i'm thinking should i take antenatal kelas...??? humnnnn :)
ada sesiapa yang amik kelas tu..? Bolehla share ye.. :)



Sunday, February 12, 2012

..::Week-end::..

Salam ptg ahad u olls.. How was your weekend..? Mine was not so great. Infact I can say it is my worst weekend ever.. Humnmm.... Husband got bizi with his activities for 2 days.. I just rest @ my mom's house.. Nothing to do.. My bestfren is tv,pillows and bed. Yes.. Sgt bosan.

Alhamdulillah, my tiny little person is with me while husband is not around.. Kicking and moving actively inside.. Tengok perut sendiri berombak-ombak and begegar2, subhanaallah.. Besar sungguh kuasa Allah.. Dalam perut ni ade org tau x..bila dia gerak2 tu selalu tanya kat mirzal, agaknye ape dia buat and mcm mane agaknye pergerakkan dia.. Yaallah.. Sesungguhnya aku x sabar ingin melihat khalifah kecil mu ini ya Allah..

Sekarang ni baby dah pandai respon mcm2.. Ape yg wa sedar, bila mirzal letak tgn kat perut or panggil2, dia da pandai tunjuk aksi. Siaplah, mmg berombak2 perut ni. Siku,lutut dia semua boleh rasa. Bisanye boleh tahan. Yela, kena cucuk dgn tulang halus la kata.. Hehe. Klu mengiring pulak, terhimpit sikit je confirm dia akan sepak.. Protes barang kali. Dah mcm2 ragam tau dia ni. Mirzal pun asik ketawa je klu tgk perut ni gegar2.

Yang paling seronok bila dia dgn suara sepupu dia. Aqil(3 tahun) dgn aina(10 bulan). Klu dia dgr suara 2 org ni, elok2 tgh senyap tido tibe2 je dia boleh bagi kick. Pastu siapla, selagi x berenti suara budak2 tu selagi tula dia beguling dlm perut. Kadang2 tu sampai senak rasenye.. Apepun, I am extremely happy carry our little tiny person.. Our little edition.. :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...