..::Wawa Yusoff::..: ..::Biskut Y::..

Tuesday, May 21, 2019

..::Biskut Y::..

💜ASSALAMUALAIKUM💜

Demi secebis kenangan hari raya. Gigih mommy buat kuih dengan anak-anak. haha! Lega sangat bila persiapan raya semua dah settle sebelum puasa haritu. so cuti-cuti boleh lepak-lepak rumah siapkan kuih raya, kemas rumah, kemal almari anak-anak. walaupun time cuti tidak lah lepak rumah sangat pun asik balik rumah mak, rumah mertua. tapi sekurang-kurang nya tak lah letih berjalan time puasa.


Ni aktiviti semalam dengan Hanan, Mika. Buat kuih raya. and of course lah mommy pilih kuih yang paling senang nak dibuat. kekekekeh! 
Bukan soal rajin, tapi lebih kepada kenangan untuk anak-anak membesar dengan persiapan hari raya. buat kuih, tukar langsir, kemas rumah semua tu lah. kan seronok tu. Takde lah raya ke hari biasa ke sama je bagi dorang nanti.

RESEPI BISKUT Y

1 cawan gula
4 cawan tepung gandum
250 gm butter/mentega

gaulkan je semua bahan tu sampai keadaan tepung jadi seroi macam dalam gambar ni. macam serbuk-serbuk tu kan. pastu masukkan dalam acuan dan masuk oven sekali dengan acuan dia.
Acuan tak perlu sapu butter, memang confirm tak melekat.

**bakar 180 darjah : 15-20 minit. ikut oven masing-masing2.


Seeee...! dah siap.. warna dia memang macam ni. kuning cokelat. kalau nak wangi sikit letak lah essen vanilla. tapi biskut aku memang togel gitu je. klassik sangat!. hehehe


Next, teringin nak buat popia nestum, Mika request kuih upin ipin (biskut dahlia) pastu ada few lagi kuih yang senang-senang aku nak buat. Minggu ni lepak rumah mak pulak merendang awal-awal pastu siap kan rumah mak sikit. next week jenguk mertua, next week nya dah raya!
Rumah sendiri bila nak kemas ni?? ahahahahaha.


Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...